Syed Saddiq lamar Bella di puncak Kinabalu

Syed Saddiq lamar Bella di puncak Kinabalu

TANGKAP layar media sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melamar Bella Astillah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan pertunangannya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi hantaran di media sosial dengan memaklumkan beliau melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu dalam keadaan hujan lebat.

“Saya bertanya, dia berkata ya. Hari ini majlis pertunangan kami, mohon doakan kami,” katanya ringkas.

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi yang sekian lama berlegar mengenai hubungan pasangan berkenaan.

Sebelum ini, Syed Saddiq, 33, pernah memberi bayangan mengenai perkembangan penting dalam kehidupan peribadinya tahun ini dengan menyatakan ‘masanya akan tiba’.

Hubungan mereka mula mencuri perhatian apabila sering tampil bersama dalam pelbagai kempen dan acara, selain keserasian yang ditunjukkan di media sosial.

Malah, kerjasama mereka dalam aktiviti kebajikan turut berjaya mengumpul dana yang signifikan.

Walaupun berdepan pelbagai khabar angin, kedua-duanya sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai perancangan pertunangan.

Bella, 32, juga pernah menyatakan bahawa tiada perbincangan segera untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

Hubungan pasangan itu turut menjadi perhatian ramai termasuk gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyentuh mengenai perancangan perkahwinan Syed Saddiq.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN