PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan takziah mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas pemergian Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai antara pemikir terulung yang pernah hidup di zaman ini. “Saya amat berdukacita apabila mendapat khabar tentang pemergian Profesor Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau, dalam apa juga ukuran, merupakan salah seorang pemikir teragung pada zaman kita.…










