SUNGAI PETANI: Seorang daripada tiga suspek kes tembak komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditahan Sabtu lalu, telah mengekori anggota berkenaan ke pejabat dan masjid setiap pagi, sejak sebulan lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, polis telah mengenal pasti individu berkenaan hasil risikan dan maklumat daripada saksi serta pengesanan identiti suspek melalui gambaran yang dicam pihak polis. “Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengekori mangsa…










