Sultan Perak sampaikan bantuan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Sultan Perak sampaikan bantuan Aidilfitri

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan serahan bantuan hari raya MAIPk pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 dan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Parit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 dan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Majlis bermula pada pukul 6.50 petang dengan bacaan ayat suci al-Quran,  majlis tahlil dan doa selamat sebelum berbuka puasa.

Sultan Nazrin turut menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk tahun 1447H/2026M kepada penerima yang terdiri daripada asnaf, fakir dan miskin di seluruh Perak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md. Salleh, dana zakat berjumlah RM12,601,800 itu bakal memberi manfaat kepada 42,006 penerima.

Katanya, dana itu diserahkan kepada kepada penghulu mukim dari 12 daerah sebagai mewakili para penerima yang merupakan asnaf fakir dan miskin yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid dan Surau Diri Jumaat di negeri ini.

Katanya, bantuan itu turut dipanjangkan kepada semua penerima bantuan kewangan bulanan dan bantuan hemodialisis asnaf fakir dan miskin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN