Sudah masanya saya bergerak sendiri - Marsha Milan - Utusan Malaysia

Sudah masanya saya bergerak sendiri – Marsha Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam tahun bernaung di bawah Alternate Records & Talent, penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengundur diri daripada label rakaman tersebut.

Marsha, 40, memaklumkan keputusan itu diambil untuk membolehkan dia menerajui sendiri hala tuju karier nyanyiannya selepas ini.

“Kontrak saya tamat hujung Januari lepas. Tapi kami masih dalam fasa perbincangan akhir. Jadi saya tidak boleh ulas mendalam mengenai perkara ini.

“Sudah masanya saya bergerak sendiri. Apa pun, selepas ini, saya tetap terbuka untuk bekerjasama dengan Alternate atau mana-mana label rakaman lain,” katanya.

Marsha berkata demikian pada majlis tayangan telefilem Amira Amir baru-baru ini.

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga itu dalam masa sama berterima kasih kepada pihak Alternate yang banyak menyumbang kepada perkembangan karier nyanyiannya.

“Enam tahun bersama Alternate, mereka ibarat keluarga. Banyak sumbangan mereka untuk kerjaya nyanyian saya.

“Cuma sekarang sudah tiba masa saya kembangkan sendiri karier saya.

“Saya pun tidak tahu apa berlaku di masa depan. Mana tahu saya dapat tubuhkan label rakaman sendiri? Masa akan tentukan, Insya-Allah,” kongsinya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN