PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim melahirkan rasa bangga terhadap anak angkatnya, Putri yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang ketika menuntut di Universiti Malaya (UM). Menurut beliau, Putri yang baru menjalani pembedahan akibat masalah kesihatan tetap menunjukkan semangat luar biasa dalam meneruskan kehidupan walaupun berdepan pelbagai dugaan. Katanya, Putri bukan sahaja perlu berdepan kesakitan sendiri, malah turut memikul tanggungjawab menjaga kedua-dua ibu bapanya yang menghidap penyakit kronik. “Putri…










