PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dan menghantar pulang seramai 16 dalang utama sindiket penipuan antarabangsa warga China yang bersembunyi di negara ini dan dikehendaki pihak berkuasa negara berkenaan. Kesemua dalang itu ditahan oleh SPRM dengan kerjasama pihak berkuasa China melalui beberapa siri Op Dragon yang dijalankan secara bersepadu. Operasi menyasarkan rangkaian sindiket yang dipercayai berpangkalan dan beroperasi di beberapa negara termasuk Malaysia. Pengarah Kanan Bahagian Operasi…










