Skim Pengembara bakal diperkenal lindungi pekerja ulang-alik negara jiran

Skim Pengembara bakal diperkenal lindungi pekerja ulang-alik negara jiran

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membentangkan kertas kerja berkaitan Skim Pengembara yang melindungi rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di negara jiran kepada Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kertas cadangan skim berkenaan telah dimuktamadkan dan kini menunggu untuk dibentangkan ke Kabinet sebelum sebarang pengumuman lanjut dibuat.

“Selepas kelulusan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan segala keperluan dari segi sistem, pemprosesan dan juga maklumat kepada golongan pengembara yang akan menyertai skim ini,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan majlis berbuka di sini, hari ini.

Menurutnya, skim itu bertujuan untuk memberi jaminan perlindungan sosial kepada golongan rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di sempadan negara, terutamanya Singapura.

“Lebih 400,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik bekerja di negara jiran ketika ini tidak mempunyai skim perlindungan sosial yang khusus.

“Sekiranya berlaku sesuatu ketika mereka pergi bekerja atau dalam perjalanan pulang, siapa yang akan menjaga mereka dan keluarga mereka? Anak-anak, ibu bapa mereka juga perlu dilindungi. Jadi skim ini akan bertindak sebagai perlindungan kepada golongan tersebut,” katanya.

Tambahnya, skim berkenaan dijangka dilaksanakan seawal suku kedua tahun ini selepas Perkeso mengadakan sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan.

“Kita juga akan mengadakan satu perbincangan dengan pihak yang berkepentingan, NGO yang terlibat dengan pengembara ini pada 6 April di Kedutaan Malaysia di Singapura bersama beberapa pemegang taruh dan juga pemimpin-pemimpin mereka yang bekerja di Singapura,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN