PETALING JAYA: Kegiatan sindiket mengumpul minyak masak peket dalam skala besar sebelum dijual semula kononnya sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis di Jalan Klang Lama diserbu semalam. Serbuan Op Tiris 3.0 dijalankan sepasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dengan kerjasama KPDN Putrajaya hasil maklumat dan risikan. Operasi bermula pada pukul 12.30 tengah malam itu berjaya menahan lima individu membabitkan tiga warga asing…









