KULIM: Polis memerlukan tempoh siasatan yang lebih lama bagi melengkapkan proses pengumpulan bukti serta kerjasama risikan dengan pihak luar dalam kes membabitkan ancaman keselamatan dan keganasan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun tangkapan dilakukan terhadap remaja bawah umur, prosedur sama di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tetap diperlukan. Katanya, beliau meletak kepercayaan penuh kepada polis yang telah lama menjalankan intipan perisikan sebelum hanya…










