GEORGE TOWN: Lapan wanita berdepan detik mencemaskan apabila sebuah rumah tiga tingkat yang dijadikan inap desa terbakar dalam kejadian di Solok Sungai Emas, Batu Ferringhi awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.46 pagi itu, semua mangsa yang menyewa di inap desa berkenaan bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, kebakaran melibatkan bahagian ruang…










