PATTANI (THAILAND): Dua senjata api yang dirampas daripada seorang anggota kumpulan pemisah yang ditembak mati dalam operasi keselamatan di Daerah Nong Chik, Pattani, Rabu lalu didapati mempunyai ‘sejarah hitam’ kerana pernah terlibat dalam beberapa insiden keganasan sebelum ini. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, hasil siasatan nombor siri mendapati, raifal M4 berkaliber 5.56 milimeter yang ditemukan pada suspek sebenarnya adalah senjata milik kerajaan yang dilaporkan…










