KANGAR: Cuaca panas dan kemarau memberi kesan kepada sektor pertanian di negeri ini yang menjejaskan kira-kira 845 petani membabitkan keluasan 846.35 hektar meliputi tanaman padi, harumanis dan sayur. Paling teruk terjejas tanaman padi yang membabitkan kerugian mencecah RM2.7 juta khususnya di kawasan Bintong, Kubang Gajah, Beseri, Mata Ayer dan Paya. Anggaran kerugian tanaman harumanis yang terbakar kesan cuaca panas pula mencecah RM980,695. Sehubungan itu, Jabatan Pertanian negeri telah mengambil langkah…










