Saya mohon maaf kepada Fazura, dia berhati baik - Asyraf Khalid - Utusan Malaysia

Saya mohon maaf kepada Fazura, dia berhati baik – Asyraf Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pengasas podcast Apa Cerita? Asyraf Khalid memaklumkan dia telah memohon maaf kepada Nur Fazura kerana kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu peribadi pelakon berkenaan sebelum ini.

Menurut Asyraf yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, kesempatan itu diambil sewaktu bertemu Fazura di majlis pertunangan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, baru-baru ini.

“Bila Fazura tiba, kami bertukar salam dan berbual. Saya dapat rasakan yang dia terkesan dengan komen saya sebelum ini. Lebih-lebih lagi kami saling kenal satu sama lain sebelum isu tersebut berlaku.

“Jadi, bila berpeluang, saya mohon maaf kepadanya atas ketelanjuran kata sebelum ini. Saya tidak sepatutnya  campuri atau komen hal peribadi orang lain.

“Dan dia terima permohonan maaf saya sebelum kami terus berborak tentang kehidupan serta pelbagai hal lain.

“Fazura berhati baik, itu sudah cukup menggambarkan karakter sebenarnya,” kongsi Asyraf dalam platform Threads.

Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin dalam podcast kelolaannya sebelum ini dihujani kecaman kerana memperkatakan soal isu rumah tangga Fazura dengan bekas suaminya, Fattah Amin.

Asyraf dalam perkongsian yang sama turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terguris dengan kenyataannya sebelum ini.

“Saya mohon maaf, seikhlasnya. Saya belajar dari kesilapan dan sudah matang serta akan terus memperbaiki diri,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN