LARUT: Isteri kepada penghantar sambilan yang maut dilanggar seorang pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol di Klang, Selangor kelmarin mahu hukuman berat dikenakan terhadap suspek. Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan tiga anak bukan sahaja hilang tempat bergantung, namun orang tersayang selepas seminggu menyambut Aidilfitri. “Saya tidak menyangka suami saya dilanggar dengan kejam oleh pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Suami saya tidak…










