PETALING JAYA: Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, James Chai menafikan dirinya sedang melarikan diri selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis mengesan. Menurut James, beliau bukanlah Jho Low 2.0 yang sedang menyembunyikan diri seperti naratif yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu. Beliau turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki yang memburunya hanya kerana pernah terkait dengan bekas Menteri Ekonomi itu.…










