BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan cuba mencari jalan untuk mempertahankan harga minyak RON95 pada kadar RM1.99 seliter. Perdana Menteri berkata, hal ini disebabkan oleh kenaikan harga minyak sehingga dua kali ganda gara-gara sekatan yang dibuat terhadap kapal-kapal besar yang mengangkut minyak dan gas di Selat Hormuz. “Saya akan pertahankan RM1.99 seliter (harga minyak RON95) ini. Doalah mudah-mudahan boleh kita pertahankan walaupun tak tahu berapa lama,” katanya…










