UCAPAN: Saya Yana (TikTok: yanatravelog)mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
Yana dengan rendah hati memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, keterlanjuran kata atau perbuatan yang mengguris hati, khususnya kepada keluarga dan sahabat taulan.
Terima kasih kepada pengikut di alam maya yang sentiasa mengikuti pengembaraan Yana berpuasa di perantauan, dari Rusia hingga ke China.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi inspirasi. Moga anda juga berpeluang merasai pengalaman sama suatu hari nanti. Doakan Yana agar dapat pulang berhari raya di Penang, tanah air tercinta.
NAMA: Athirah Liyana
LOKASI: Zhangjiajie, China.










