UCAPAN: Walau jauh di bumi sakura, hati tetap teguh berpaut pada tanah air tercinta. Dari kejauhan ini, kami mengutuskan salam penuh kasih dan doa buat keluarga, sahabat serta semua yang berada di tanah air.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, mengikat hati-hati kita dalam kasih sayang-Nya. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, perpaduan, serta rahmat dan kebahagiaan buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

UCAPAN: Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal membawa keberkatan, kegembiraan dan keberkatan serta mengeratkan kasih sayang antara kita. Salam kasih sayang dari kami sekeluarga.
Nama: Rohaizad, Nora, Dania dan Akif
Lokasi: Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman.

UCAPAN: Salam Aidilfitri buat keluarga dan sahabat tersayang di Malaysia. Dari jauh di bumi kimchi, Korea Selatan, hati ini tetap bersama kalian.
Jauh di mata, dekat di hati. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim walau dipisahkan jarak. Maaf zahir dan batin. Semoga kita dipertemukan lagi dalam Syawal akan datang.
DARIPADA: Aliff Oslan
Lokasi: Korea Selatan

UCAPAN: Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga yang berada di Malaysia dan yang mengenali diri kami.
Maaf zahir dan batin.
DARIPADA: Fathi Kamil & Nurnazihah sekeluarga
Lokasi: Al khor, Qatar










