Kemasukan murid ke tahun satu merupakan salah satu aspek paling kritikal bagi memastikan pendidikan asas berkesan.
Bermula sesi persekolahan 2027, Malaysia memperkenalkan pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang berusia 6 tahun ke tahun satu. Satu perubahan dasar utama di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 (RPN 2026-2035) yang dilancarkan kerajaan sebagai sebahagian daripada reformasi sistem pendidikan negara.
RPN 2026-2035 menekankan pembangunan pendidikan secara inklusif dan relevan dengan keperluan masa depan.
Antara strategi penting adalah penurunan umur pendaftaran tahun satu daripada 7 tahun kepada 6 tahun, selari dengan usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak serta memastikan murid bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial sebelum memasuki alam persekolahan rasmi.
Ibu bapa merupakan penyokong utama kepada kejayaan murid dalam pendidikan awal.
Guru-guru tahun satu memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar RPN 2026-2035.
Dalam konteks usia 6 tahun, pendekatan pembelajaran yang interaktif, berasaskan bermain dan pengamatan perkembangan murid adalah sangat kritikal.
Pihak sekolah juga terlibat dalam menyediakan program orientasi dan transisi untuk murid tahun satu yang lebih muda, seperti sesi suai kenal, aktiviti berpasangan dengan murid senior dan sokongan khusus pada minggu pertama persekolahan. Ini bertujuan memudahkan peralihan murid daripada prasekolah ke persekitaran pembelajaran formal, seterusnya membina keyakinan dan motivasi mereka.
Komuniti jelas memainkan peranan besar dalam memenuhi aspirasi pendidikan RPN 2026-2035.
Kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) serta sektor sosial membantu mewujudkan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa dan murid.
Kesediaan semua pihak menerima murid tahun satu yang berumur 6 tahun ke sekolah menunjukkan bahawa pendekatan pendidikan di Kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun menjelang 2027 bukan sekadar reformasi struktur, tetapi simbol kesediaan negara membentuk generasi yang lebih kompeten, berdaya saing dan berkeupayaan memimpin masa depan dengan keyakinan.
Dasar itu mencerminkan pemahaman bahawa kejayaan pendidikan awal bukan semata-mata bergantung pada umur pendaftaran, tetapi bergantung kepada sistem sokongan menyeluruh semua pihak.
Dr Zurina Hamid, merupakan Pensyarah Kanan di Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia dan Mohan A/L Sanyasi, merupakan Guru Akademik Tingkatan 6, Maktab Sultan Abu Bakar (Englis)h College, Johor Bahru)










