PETALING JAYA: Sebanyak RM65,200 disalurkan kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja, selain infaq sepanjang Ramadan bagi membantu penduduk di Parlimen Sungai Buloh. Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan daripada gaji dan elaun Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan sejak 2023 mencecah RM800,000. Ramanan berkata, sumbangan itu bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat. Katanya, inisiatif berkenaan juga mencerminkan komitmen berterusan untuk…










