Rindu momen bawa arwah ayah ziarah saudara mara - Noki - Utusan Malaysia

Rindu momen bawa arwah ayah ziarah saudara mara – Noki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Rindu sambut hari raya dengan arwah ayah.”

Demikian kata anggota kumpulan K-Clique, Noki yang mengimbau semula kenangan menyambut Syawal bersama bapanya, Allahyarham Aji yang meninggal dunia sekitar empat tahun lalu.

Menurut Noki, terlalu banyak kenangan bersama arwah yang dikenang setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

“Sebenarnya sejak kecil saya sudah menyaksikan bagaimana arwah ayah tidak mampu berjalan seperti biasa, terpaksa menggunakan tongkat kerana diuji penyakit keturunan.

“Jadi kalau ditanya tentang momen hari raya bersamanya, paling saya rindukan adalah saat ketika pimpin dan bawa dia ziarah rumah saudara mara,” kongsinya.

Noki atau Ahmad Ikhwan Aji dalam masa yang sama menyifatkan arwah sebagai bapa penyayang yang sentiasa berlembut dalam memberi nasihat kepada anak-anak.

“Ayah ini cara menasihatkan anak, lain. Lebih lembut dalam memberi teguran. Jadi sifat ayah itu memang kami adik beradik rindukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN