MERSING: Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan mati lemas di dasar sungai pada kedalaman kira-kira 20 kaki di Sungai Kampung Peta di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adam Haziq Muhammad Hazriq ditemukan pada pukul 12.41 tengah hari tadi. Katanya, polis menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 5.55 petang, semalam selepas mandi-manda bersama rakan-rakannya. “Mangsa ditemukan oleh…











