NARATHIWAT (THAILAND): Rakyat Malaysia yang merancang menghadiri himpunan Melayu Raya 2026 pada 23 dan 24 Mac 2026 di Pantai Teluban, Saiburi, Pattani, dekat sini supaya mengambil langkah lebih berhati-hati terhadap ancaman keselamatan sejak kebelakangan ini. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya tidak melarang rakyat Malaysia menghadiri acara tahunan itu, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa. “Kita tahu ada acara tahunan besar…










