Rafizi didakwa hipokrit, kenapa tidak kritik kerajaan ketika jadi menteri?

Rafizi didakwa hipokrit, kenapa tidak kritik kerajaan ketika jadi menteri? – Aktivis politik

Tarif
MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sebagai seorang menteri paling hipokrit apabila kini membuat pelbagai kritikan terhadap banyak syarikat korporat yang didakwa bermasalah pada masa ini.

Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, sedangkan bekas Menteri Ekonomi itu tidak pernah berbunyi semasa menjadi menteri.

Menurutnya, Rafizi dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022, dan meletak jawatan pada Jun 2025, yang mana dalam tempoh hampir tiga tahun itu, banyak syarikat yang didakwa bermasalah itu mendapat kontrak perniagaan baharu atau dlanjutkan kontrak selama bertahun-tahun.

“Di mana beliau pada masa itu, hampir tiga tahun menjadi menteri bukan tempoh singkat, duduk atas kerusi empuk di pejabat menteri.

“Sekarang, beliau kuat ‘melalak’ seperti tak pernah ada dalam kerajaan dan tak pernah hadiri mesyuarat Kabinet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faizan berkata, lebih teruk, Rafizi dilihat menyusahkan ramai pekerja kerana telah merosakkan imej syarikat perniagaan yang beliau tidak suka.

Katanya, sikap itu sekali gus boleh memburukkan nama syarikat Malaysia di mata dunia.

“Hari ini orang boleh ‘Google’ sahaja, banyak syarikat Malaysia imej mereka teruk. Pemimpin seperti Rafizi ini perlu ditolak rakyat berdasarkan banyak kemusnahan yang telah beliau lakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN