Program TVET ELMU perkasa tenaga mahir sektor ekonomi biru

Program TVET ELMU perkasa tenaga mahir sektor ekonomi biru

FAIZA ROSLY menerangkan sesuatu mengenai program TVET ELMU dalam satu program televisyen baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ELMU TVET, anak syarikat Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), bakal memperkenalkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Berimpak Tinggi bagi melahirkan tenaga mahir yang mampu memperkasa sektor ekonomi biru serta meningkatkan daya saing ekonomi negara secara menyeluruh.

Pengarah ELMU TVET, Datin Faiza Rosly berkata, program itu diharap dapat memenuhi keperluan industri strategik negara, khususnya dalam sektor maritim, keselamatan perairan, tenaga luar pesisir dan industri selaman profesional selaras dengan matlamat Dasar TVET Negara 2030.

“Program ini dirangka selaras dengan aspirasi nasional untuk memperkukuh ekosistem TVET, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran. Peserta yang menamatkan latihan berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia sebagai pengiktirafan kompetensi kebangsaan, di samping pelbagai sijil profesional mengikut bidang kursus,” katanya

Beliau menyatakan demikian ketika ditemu bual dalam program televisyen tempatan baru-baru ini.

Beliau berkata, antara program utama yang ditawarkan ialah Penyelam Profesional dan Pengendalian Dron yang menyokong agenda pembangunan tenaga mahir negara dalam bidang teknologi dron dan industri selaman yang semakin berkembang.

“Program Penyelam Profesional merangkumi teori selaman, prosedur keselamatan bawah air, penggunaan peralatan industri, pemeriksaan dan penyelenggaraan struktur marin serta pematuhan kepada standard keselamatan antarabangsa.

“Latihan dalam bidang ini merangkumi sektor maritim, minyak dan gas, keselamatan, pemetaan industri serta pemantauan sumber laut, sekali gus memperkukuh pembangunan ekonomi biru.

“Bagi latihan engendalian dron, peserta didedahkan kepada aspek perundangan penerbangan, keselamatan operasi, asas aerodinamik, teknik pengendalian, pemetaan udara serta aplikasi industri termasuk pemantauan pesisir pantai,” ujarnya.

Beliau berkata, peserta yang berjaya menjalani latihan dalam bidang Penyelam Profesional akan menerima pensijilan daripada Professional Association of Diving Instructors (PADI). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN