Program landskap Politeknik Ungku Omar semarakkan jiwa

Program landskap Politeknik Ungku Omar semarakkan jiwa

program gotong royong anjuran Politeknik Ungku Omar mempromosi aktiviti kebersihan dalam kalangan pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 40 peserta terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, pensyarah Politeknik Ungku Omar (PUO) dan komuniti setempat baru-baru ini menyertai Program CSR Landskap Madani yang diadakan selama dua hari di Belibis Yard Resort, Kg. Sahom, Kampar, Perak.

Program anjuran PUO dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak, JPKK Kg. Sahom dan komuniti tempatan ini menyaksikan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong pembersihan kawasan, penanaman pokok, sukaneka dan sesi perkongsian ilmu.

Salah satu pengisian utama adalah ceramah daripada Ketua Penolong Pengarah CPPP Wilayah Tengah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Dr. Ir. Nasfiza Mokhtar, selaku Industrial Advisory Panel (IAP) BCT.

Pengarah PUO Dr. Salmi Che Meh, program tersebut bukan sahaja memperkasa elemen kesukarelawan dalam kalangan pelajar, malah turut menyemai nilai kasihkan alam sekitar dan memperkukuh jaringan komuniti.

“PUO komited untuk meneruskan inisiatif-inisiatif Madani seumpama ini bagi membentuk graduan TVET yang bukan sahaja mahir, tetapi juga berjiwa masyarakat dan prihatin terhadap kelestarian alam,  ” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN