PEJABAT Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis baru-baru ini meraikan seramai enam orang guru besar, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dengan menyumbang sebanyak 20 kotak limau Mandarin di Kuala Lipis, Pahang.
Pegawai PPD Lipis, Shahnam Abd. Rashid berkata, guru besar berkenaan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Lipis; SJKC Padang Tengku; SJKC Benta, SJKC Penjom; SJKC Jerkoh dan SJKC Mela menerima sumbangan berkenaan dalam suasana ceria sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
“Sumbangan ini cukup signifikan untuk mengeratkan hubungan antara PPD Lipis dengan pentadbir enam SRJKC di sini berasaskan bidang profesional keguruan,” katanya.
Menurut Shahnam, sambutan Tahun Baharu Cina 2026 merupakan Tahun Kuda mengikut kalendar zodiak lunar Cina dapat menyuntik semangat bekerja lebih konsisten dan kestabilan bagi memajukan bidang akademik, kokurikulum, koakademik dan pembinaan insan pelajar berkenaan –UTUSAN.










