Polis buru lelaki warga asing beronani dalam masjid

Polis buru lelaki warga asing beronani dalam masjid

POLIS Johor sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga asing berusia 30-an kerana beronani di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Polis Johor sedang ‘memburu’ seorang lelaki yang dipercayai warga asing kerana telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian pada pukul 6.29 petang, semalam.

Katanya, pengadu iaitu wanita tempatan berusia 40-an memberitahu kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi ketika mangsa sedang melakukan solat sunat Dhuha.

“Mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan sedang melakukan onani sambil memandang mangsa.

“Bimbang akan keselamatan diri, mangsa bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jumazanzahir, suspek dipercayai merupakan seorang warga asing dan berusia dalam lingkungan 30-an, berkulit cerah dan bertubuh fizikal kurus.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menghubungi talian 07-9324222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 14 saat memaparkan seorang lelaki bersembunyi di belakang tiang sambil menurunkan pakaiannya dan beronani sambil memandang seorang wanita yang turut berada di dalam masjid berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×