PM diminta jelas konspirasi jatuhkan kerajaan sama ada libatkan AS

PM diminta jelas konspirasi jatuhkan kerajaan sama ada libatkan AS

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan mengenai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan sama ada wujud penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, berita yang dimaklumkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini adalah amat malang untuk rakyat Malaysia.

“Kita bimbang kalau di Iran, AS boleh campur tangan, apakah tidak mungkin mereka sebagai penjenayah, penjahat atau penyangak antarabangsa ini boleh campur tangan di dalam negara kita,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia menyiasat seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Takiyuddin turut meminta kerajaan memperjelaskan pendirian terhadap negara-negara Asia Barat yang membenarkan AS membina pangkalan tentera mereka.

“Kita mengutuk dasar-dasar kezaliman AS dan negara-negara lain. Apakah pendirian dan dasar Malaysia terhadap negara-negara terutama negara Islam yang membenarkan negara mereka menjadi pangkalan tentera AS yang akhirnya menyebabkan mereka menerima akibat.

“Negara-negara itu dianggap bersekongkol dengan AS, jadi saya nak tahu pendirian kerajaan dalam perkara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN