KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) akan melakukan rondaan berkala di semua stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi membendung penyeludupan petrol yang dijangka meningkat susulan krisis di Asia Barat ketika ini. Komandernya, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussin berkata, penugasan itu dilakukan oleh anggota berpakaian preman sekali gus mengelak kehadiran anggota PGA diketahui pihak sindiket. Katanya, ia bertujuan memastikan stesen-stesen minyak itu tidak menjual petrol…










