PETALING JAYA: Populasi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 2.2 juta orang dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus mencetuskan peningkatan ketara terhadap permintaan hartanah kediaman di seluruh negara. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI, Kashif Ansari berkata, unjuran rasmi menunjukkan jumlah penduduk akan melonjak daripada 34.3 juta ketika ini kepada 36.5 juta menjelang 2030. “Dengan purata 3.8 orang bagi setiap isi rumah, pertambahan lebih dua juta penduduk baharu…











