Persiapan operasi evakuasi rakyat Malaysia pada fasa akhir

Persiapan operasi evakuasi rakyat Malaysia pada fasa akhir – MKN

LETUPAN meletus susulan serangan udara berhampiran Menara Azadi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad, Teheran kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia kini berada pada fasa akhir persiapan bagi melaksanakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, susulan perkembangan keselamatan yang kian meruncing di rantau tersebut.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, operasi evakuasi ini dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.

“MKN akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.

“MKN bersama KLN juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat Malaysia ini selesai ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke tanah air dengan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN