GEORGE TOWN : Tindakan tidak bermoral seorang lelaki dan wanita tempatan yang melakukan perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam di sini mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan polis, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.05 tengah hari semalam selepas satu video memaparkan aksi tidak senonoh pasangan terbabit tular di media sosial.…











