BESUT : Seorang pensyarah lelaki universiti tempatan ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Gelam Mas, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab. Rahim berkata, mangsa berusia 49 tahun ditemukan kira-kira pukul 9.40 pagi selepas polis menerima aduan bau busuk dari rumah berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah terhadap mangsa. Bagaimanapun dia dikatakan mempunyai sejarah penyakit jantung.
“Dipercayai mangsa meninggal dunia dalam tempoh lebih 24jam dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.
Katanya, hasil bedah siasat juga mengesahkan punca kematian adalah akibat coronary artery atherosclerosis. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN










