Penjawat awam berperingkat, terpilih bekerja dari rumah

Penjawat awam berperingkat, terpilih bekerja dari rumah

Penjawat awam berperingkat, terpilih bekerja dari rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kumpulan penjawat awam secara berperingkat dan terpilih akan dibenarkan bekerja dari rumah sebagai antara langkah bersesuaian menjimatkan perbelanjaan susulan konflik di Asia Barat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah itu merupakan antara langkah difikirkan kerajaan ketika ini.

“Penjawat-penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah dan saya percaya Insya-Allah selain daripada sektor awam, kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakannya.

“Bagi pihak kerajan, Insya-Allah kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan dan ketirisan dan menjaga momentum pertumbuhan ekonomi.

“Malaysia ini agak luar biasa dan terkecuali kerana setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia ini masih mendapat tarikan dan menjadi pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif,” katanya dalam pengumuman khas di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mendoakan agar Malaysia kekal aman, seterusnya membolehkan rakyat baik di sektor awam dan swasta bekerja secara gigih dan bersungguh-sungguh.

“Biar kita tingkatkan keupayaan ekonomi kita dalam tiap ujian, cabaran dari Allah dan keadaan yang berlaku di dunia masih ada kesempatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan kita,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN