SEREMBAN: Kerajaan sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan program pelupusan motosikal lama, namun inisiatif berkenaan perlu dimulakan terlebih dahulu oleh pihak pengeluar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendekatan ini serupa dengan program pelupusan kereta lama yang sebelum ini bermula daripada inisiatif syarikat pengeluar kereta sendiri. Kerajaan kemudiannya memberikan sokongan bagi memastikan program berkenaan memberi manfaat kepada industri automotif serta pengguna. “Setakat ini belum ada cadangan khusus mengenai pelupusan…










