Pemuda hilang empat hari, jasad ditemukan atas pokok

Pemuda hilang empat hari, jasad ditemukan atas pokok

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kehilangan Mohamad Norshafe Mohd. Jamadil, 30, sejak 2 Mac lalu terjawab selepas jasadnya ditemukan sudah tidak bernyawa di atas sebatang pokok tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pemuda tersebut sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika berada di kawasan kebun di Jalan Kambau, Kampung Perepat, Tanjung Sedili, di sini.

Salah seorang ahli keluarganya memberitahu, jasad Mohamad Norshafe ditemukan sendiri oleh bapanya, Mohd. Jamadil Hakim kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

“Adik saya sudah ditemui di atas pokok, masa jumpa dia sudah tak bergerak. Sebelum ini dia dilaporkan hilang sejak empat hari lalu. Mungkin dia panjat pokok tersebut ketika seorang diri.

“Tiada sesiapa yang perasaan sebelum ini, ahli keluarga hanya jumpa dompet dan kad pengenalannya,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, media melaporkan pemuda tersebut hilang selepas mengikuti bapanya ke kebun untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sementara itu ibunya, Azizah Buhari, 52, pula memberitahu, dia hanya dimaklumkan akan kehidupan Mohamad Norshafe selepas dihubungi oleh bekas suaminya yang merupakan bapa mangsa.

“Bekas suami beritahu anak tiada di pondok kebun. Yang jumpa hanya kad pengenalan, kad bank serta dompet miliknya.

“Usaha mencari telah dilakukan selepas dia dilaporkan hilang, namun tidak dijumpai sebelum itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN