Pembukaan Zoo Malam Johor tarik lebih 5,000 pengunjung

Pembukaan Zoo Malam Johor tarik lebih 5,000 pengunjung

MOHD. Jafni Md Shukor menyantuni orang ramai yang beratur untuk memasuki Zoo Johor, Johor Bahru yang dibuka pada waktu malam, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembukaan Zoo Malam Johor buat julung kali berjaya menarik kehadiran seramai lebih 5,000 pengunjung pada hari pertama operasinya, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, inisiatif tersebut sememangnya memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung.

“Kami jangka kehadiran hari pertama melebihi 5,000 orang, setakat tiga jam pertama sahaja, jualan tiket secara sudah menghampiri lebih 3,000 pengunjung.

“Harga tiket dikekalkan sebagai paling rendah di Malaysia iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, manakala golongan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas diberi kemasukan percuma,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mohd. Jafni, zoo malam itu dibuka setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad selain cuti sekolah serta cuti umum bagi memberi peluang lebih ramai pengunjung hadir.

“Zoo Johor kini menempatkan sebanyak 93 spesies melibatkan 507 haiwan selepas penambahan kira-kira 35 spesies baharu dengan jumlah lebih 100 ekor haiwan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Khairul Anuar A. Jalil, 49, dari Pasir Gudang berkata, kunjungan pertamanya bersama keluarga memberikan pengalaman menarik dengan suasana malam yang lebih sejuk dan selesa.

Manakala bagi Nur Aleyana Shaiful Nizam, 24, pula, pengalaman berkunjung ke Zoo Johor lebih menyeronokkan pada waktu malam kerana lebih sejuk berbanding cuaca panas pada waktu siang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN