PETALING JAYA: Polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap pelakon wanita dan suaminya bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. “Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu. “Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari…










