Pelajar asnaf dirai menjelang Aidilfitri

Pelajar asnaf dirai menjelang Aidilfitri

Pelajar Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Ihsan (PKAYIA) yang disantuni dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 21 pelajar yang merupakan anak yatim dan asnaf tinggal di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Ihsan (PKAYIA) Sungai Kerpan, Lipis Pahang diraikan dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Pengurus PKAYIA Lipis, Siti Najihah Amney Noor berkata, pelajar berkenaan disantuni dengan jamuan berbuka puasa dan sumbangan duit raya oleh seorang penaja di bandar Kuala Lipis yang kerap membantu anak yatim PKAYIA setiap kali setiap kali bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Pelajar asnaf ini yang turut ditemani enam orang kakitangan PKAYIA kelihatan ceria kerana diraikan dalam majlis berkenaan serta berterima kasih kepada penaja dengan sumbangan duit raya.

“Sebagai pentadbir, saya juga bersyukur kerana ada insan lain dan dermawan sangat prihatin terhadap anak yatim dan asnaf yang tinggal di asrama ini.

“Beliau menyampaikan sumbangan berbuka puasa termasuk berbelanja pakaian baharu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya di Kuala Lipis baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pelajar anak yatim, Nur Anisa Mohd Fazau, 14, berkata, dia serta rakan di asrama tersebut bersyukur dan berterima kasih kepada penaja kerana menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

“Saya dan rakan sangat bersyukur serta mengiringi doa segala sumbangan pihak berkenaan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN