Pecat saja, apa yang susah - Hamzah

Pecat saja, apa yang susah – Hamzah

HAMZAH Zainudin ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memecat pemimpin dan ahli yang memberi sokongan terhadapnya.

Menurut ahli Parlimen Larut itu, langkah tersebut adalah lebih baik berbanding menggunakan pelbagai cara untuk mengekang kumpulan berkenaan daripada menyokongnya.

“Ya, sebenarnya kalau yang seeloknya kepada Bersatu, sudah macam ini caranya, pecat saja mereka ini. Ini yang paling baik.

“Saya rasa pecat saja mereka, jadi tidak susah wartawan pun tak payah tanya saya lagi, senang pecat saja apa yang susah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Pembangkang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan, perbincangan masih diteruskan di antara pengasas Parti Keluarga Malaysia (PKM) sebelum proses mengambil alih parti berkenaan termasuk perkara yang melibatkan perlembagaan parti.

“Sudah tentulah perbincangan kita berpandukan segala perincian. Saya tidak mahu nanti ada benda-benda yang tertinggal contohnya perlembagaan semasa mereka menubuhkan parti itu, dan beberapa perkara yang saya rasa tidak kena dengan sifat saya sebagai seorang pejuang dalam negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin proses tersebut dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat iaitu sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pada 4 Mac lalu, media melaporkan, bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan bahawa beliau akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia (PKM) dalam masa terdekat.

Ketua Pembangkang itu mengesahkan perkara tersebut selepas perbincangan dengan Pengasas PKM, Khairi Jaya dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN