Pasaran modal Malaysia perlu berdaya tahan, bukan demi keuntungan semata-mata - Utusan Malaysia

Pasaran modal Malaysia perlu berdaya tahan, bukan demi keuntungan semata-mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia bukan sahaja perlu bersifat meraih keuntungan semata-mata, sebaliknya demi kesejahteraan sosial, ketahanan dan kemakmuran bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sifat kepemimpinan Malaysia dalam kewangan Islam berjaya meletakkan negara pada kedudukan baik untuk menerajui penyelesaian yang dapat meningkatkan taraf hidup.

Katanya, ia juga memperluas akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta mengukuhkan ketahanan terhadap risiko perubahan iklim.

“Kerajaan menggalakkan penerokaan yang lebih mendalam terhadap pembiayaan berasaskan wakaf, penyelesaian kewangan sosial Islam yang lain serta model pembiayaan campuran yang mampu memberikan hasil yang boleh diukur dan memastikan modal sampai kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN