SHAH ALAM: Tiga sekawan menerima padah apabila dipenjara enam bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri tabung masjid pada bulan lalu. Hukuman tersebut diputuskan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman terhadap tertuduh K. Tineshuaran, 26; R. Nishanraj, 22 dan SR. Danesh, 27, yang mengaku melakukan perbuatan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atas mereka. Hukuman penjara itu diperintahkan bermula hari ini dan tempoh…










