Orang ramai teruja lihat gerhana bulan penuh

Orang ramai teruja lihat gerhana bulan penuh

KEADAAN bulan mula memasuki fasa awal gerhana direkodkan di Kuala Terengganu pada pukul 7.49 malam ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang berada di Duyong Marina di sini teruja apabila berkesempatan melihat gerhana bulan penuh yang bermula pukul 7.26 malam hingga 9.17 malam ini.

Fenomena ini adalah satu-satunya gerhana bulan penuh yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini dan tidak akan berulang sehingga lewat 2028.

Selepas fenomena malam ini, rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga antara 31 Disember 2028 hingga 1 Januari 2029 untuk gerhana bulan penuh seterusnya.

Pengunjung yang ditemui, Ahmad Syauqi Abdullah, 29, berkata, fenomena yang sukar dilihat ini sangat istimewa dan rasa bertuah dapat menyaksikan kebesaran Allah SWT itu.

“Saya teruja melihat gerhana bulan penuh iaitu kira-kira pukul 7.49 malam kerana pada masa akan datang belum tentu saya dapat melihatnya lagi,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru rakyat negeri ini supaya mengambil peluang fenomena Gerhana Bulan Penuh pada malam ini dengan memperbanyak amal ibadah dan mengimarahkan masjid serta surau.

Menurutnya, fenomena alam yang dijangka berlaku antara pukul 7.26 malam hingga 9.17 malam ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT.

“Awal maghrib hari ini, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT dan disyariatkan untuk diisi dengan amal ibadah. Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dilaksanakan sama ada selepas Maghrib atau selepas Isyak. Gerhana dijangka berlaku antara jam 7.26 malam hingga 9.17 malam,” katanya dalam laman sosialnya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN