Nestlé Malaysia lantik dua Pengarah Eksekutif baharu - Utusan Malaysia

Nestlé Malaysia lantik dua Pengarah Eksekutif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia mengumumkan pelantikan Normalis Mohd. Sharif sebagai Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan Rajesh Singh sebagai Pengarah Eksekutif Rantaian Bekalan yang baharu.

Nestlé Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut diyakini dapat membawa perspektif segar serta kepimpinan yang kukuh dalam menyokong pertumbuhan berterusan dan pengukuhan keupayaan syarikat pada masa hadapan.

Normalis sebelum ini merupakan Pengarah Sumber Manusia bagi rantau Asia Tenggara di Danone, manakala Rajesh pula membawa pengalaman kepimpinan selama 15 tahun dalam kumpulan Nestlé selain mempunyai latar belakang dalam industri automotif.

“Rajesh turut dikenali di peringkat global sebagai antara pelopor dalam memperkenalkan pendekatan pemikiran ‘lean’ di Nestlé.

“Syarikat juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyandang terdahulu, Mitzie Antonio dan Anurag Dwivedi, atas sumbangan mereka sebelum beralih ke peranan baharu di pasaran lain dalam organisasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Kedua-dua pemimpin warga tempatan itu akan menyelia operasi syarikat merangkumi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, berkuat kuasa serta-merta. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN