Murid Orang Asli SK Sungai Kiol, Jerantut terima Smart TV

Murid Orang Asli SK Sungai Kiol, Jerantut terima Smart TV

Sebahagian daripada murid yang menerima hadiah kedatangan penuh dan kecemerlangan akademik bersama guru dan tetamu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut, Pahang baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 106 murid orang murid Orang Asli etnik Jahut memperoleh kemudahan pembelajaran digital apabila menerima sumbangan sebuah Smart TV 65 inci daripada Pengerusi Giat Mara Jerantut, Ahmad Murad Idris di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Pelajar, Guru Besar SK Sungai Kiol, Jerantut, Rosdi Mat Diah berkata, keprihatinan tokoh tersebut dengan menyediakan kemudahan pembelajaran bagi murid Orang Asli etnik Jahut sangatlah dihargai oleh guru dan ibu bapa di situ.

“Sempena majlis penyerahan itu, pihak sekolah juga mengaturkan aktiviti penyampaian hadiah penghargaan kehadiran penuh berupa tiga buah basikal dan peralatan lain daripada penyumbang bekas Guru Besar sekolah ini, Abd Manaf Mat dan syarikat perniagaan minuman di bandar Jerantut.

“Sumbangan ini sangat signifikan untuk memberi galakan kepada murid Orang Asli di sini supaya belajar bersungguh sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya di

SK Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini.

Ujarnya, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat perniagaan pemimpin setempat banyak membantu serta mewarnai kemeriahan program Hari Kecemerlangan akademik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN