MTEN bermesyuarat mingguan pantau krisis Asia Barat

MTEN bermesyuarat mingguan pantau krisis Asia Barat

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diadakan secara mingguan bagi membincangkan impak krisis di Asia Barat susulan peperangan antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya, Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya MTEN memantau rapat perkembangan tersebut selain mengadakan perbincangan mendalam secara berkala setiap minggu.

Menurut beliau, perbincangan MTEN selepas ini juga akan melibatkan penyertaan lebih aktif daripada pihak industri bagi memastikan pemahaman terhadap isu semasa dapat diperkukuh selain mempercepat cadangan penyelesaian yang lebih praktikal.

“Pemantauan dan langkah-langkah awal terhadap kemungkinan yang bakal timbul perlu direncanakan dari sekarang.

“Kerajaan Madani akan terus memantau rapat krisis ini serta kesannya kepada ekonomi dan rakyat selain kekal fokus mengekalkan asas ketahanan ekonomi negara dan memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, secara keseluruhannya keadaan ekonomi negara ketika ini masih berada pada tahap terkawal walaupun berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan selepas Mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung hari ini, yang turut mendengar taklimat berkaitan petunjuk utama semasa ekonomi negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN