MPOB tawar lebih 200 teknologi sawit untuk usahawan Kelantan - Utusan Malaysia

MPOB tawar lebih 200 teknologi sawit untuk usahawan Kelantan

NORAINI Ahmad (kanan) semasa melakukan demonstrasi penggunaan jentera lengan sokongan Arm Manipulator ciptaan MPOB untuk menuai tandan buah segar (TBS) di ladang pekebun kecil milik Faridah Shapi-i di Kampung Gual Tok Adam, Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan lebih 200 teknologi berasaskan sawit untuk dikomersialkan oleh usahawan di negeri ini sekali gus membuka peluang menghasilkan pelbagai produk yang mempunyai tambah berasaskan komoditi utama negara itu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, ia merangkumi bimbingan bermula daripada pemilihan teknologi, penilaian kapasiti perniagaan dan penyediaan kontrak pengkomersialan.

Katanya, sokongan pada peringkat pasca pengkomersialan turut ditawarkan bagi memastikan kejayaan produk yang dibangunkan.

“Usahawan dan penggiat industri di Kelantan digalakkan merebut peluang ini bagi meneroka potensi komersial teknologi sawit yang dibangunkan MPOB.

“Usaha ini bukan sahaja dapat memperkukuh daya saing industri tempatan, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan komuniti setempat,” katanya semalam.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melihat demonstrasi penggunaan jentera lengan sokongan Arm Manipulator ciptaan MPOB untuk menuai tandan buah segar (TBS) semasa lawat ladang pekebun kecil milik Faridah Shapi-i di Kampung Gual Tok Adam, Pasir Mas.

Mengulas lanjut, penggunaan jentera lengan sokongan Arm Manipulator
Mohamad Helmy memberitahu, inovasi mekanikal itu mampu meningkatkan kecekapan operasi penuaian selain mengurangkan kebergantungan kepada kekuatan fizikal pekerja ladang.

Katanya, teknologi itu mampu mengalihkan sepenuhnya berat alat penuaian sawit, sekali gus membolehkan sesiapa sahaja mengendalikan alat tersebut dengan lebih mudah dan selamat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN