TUMPAT: Pertubuhan Pemikir Azam Kelantan (Azam Kelantan) mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung insiden kebakaran melibatkan gerai menjual mercun di Jalan Wakaf Che Yeh, dekat sini minggu lalu yang mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan awam. Koordinatornya, Nizam Muhamad berkata, kejadian itu bukan isu terpencil sebaliknya mencerminkan kemungkinan wujudnya kelompongan dalam kawal selia penjualan bahan berisiko tinggi di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri tidak boleh berdiam diri dan perlu menjelaskan status…











